Monday, February 14, 2011

Renungan

Wahai anak bangsaku

Bangsaku kini diambang keruntuhan, semakin jauh tertinggal mundur tak punya apa-apa untuk dibanggakan malah untuk diwarisi generasi akan datang. Mungkin nanti hanya tinggal sejarah. Untuk disindir, dicaci penuh keaiban, amat memalukan!

Bangsaku kini hanya pandai mencari hiburan yang tiada hentinya. Para remajanya tiada angan-angan tiada cita-cita memajukan diri apatah lagi bangun membela bangsa sendiri yang semakin hanyut semakin lebur.
Persoalan demi persoalan

Dengan nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahamengasihani, ucapan syukur dan puji – pujian tidak terhingga dan selayaknya hanyasanya untuk Allah Tuhan semesta alam.

“segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara alam semesta”
Surah al fatihah.

“segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan berbagai kegelapan dan penerangan” surah al an’aam.

Dia telah melimpahkan rahmatNya ke sekian alam sama ada yang kelihatan atau terlindung. Sesungguhnya Dia Mahatahu lagi Mahabijaksana.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w serta sekelian ahli keluarga baginda yang tercinta. Jua setinggi penghormatan pada sekelian para sahabat–sahabat baginda yang sama-sama berjuang demi menegakkan AgamaNya.

“katakanlah: wahai semua manusia , sesungguhnya aku (Muhammad) utusan Allah kepada kalian semuanya.” Al a’raaf 158.

Peluang Bisnes


Belajar buat macam2 kek, macam2 roti
Saya  buat kursus aneka kek, roti berbagai jenis dalam masa sehari saja lebih kurang 6 jam, peserta yg belajar akan buat sendiri (DIY) sambil dipantau oleh pengajar.
Selesai belajar pesert a akan bawa pulang sekurang-kurangnya 3 jenis kek & 5 jenis roti yg dibuat oleh mereka sendiri. Peserta insyaAllah akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka sendiri.
Semua tu yuran kursus Cuma RM150 saja, cukup murah bandingkan dengan lain tempat. Kek yg bawak balik percuma, nah apa lagi tunggu, tempah laaa… (0125491327 & 0105637855 yahaya)
Kursus ni ada tiap hari kecuali jumaat je cuti. Peserta yg berminat boleh booking masa dan hari apa yg nak datang. Terpulang bila2 je nak kursus. Cuma kena call dapatkan maklumat sebab dalam sehari Cuma boleh 7 orang je. (ramai2 tak jadi kerja, cikgu tak sempat nak tengok)

Belajar buat coklat (macam2 bentuk tu)
Buat coklat pun hari2 jugak cuti jumaat. Yuran bezalah sikit sebab bahan2 dia mahal, tapi murah lagi nak banding tempat lain. Kalau tak caya cuba selidik dulu tempat lain. Yuran RM170 dalam masa 5 jam. Yang dibuat boleh bawak balik. Buat coklat pulak hanya 3 orang je tak boleh lebih.  Cepat tempah dapat tempat dulu, kalau terlambat terpaksa tunda hari lain. Cepat call… (yahaya 0125491327 & 0105637855)

Boleh bisnes
Lepas belajar anda boleh bisnes kecik2 dulu, dah ada pengalaman nama pun dah ok boleh majukan terus syarat kena rajin tak tau malu, bukannya mencuri nak malu2 pulak kan. Nak bisnes kena berani cuba, berani tanggung risiko, berani gagal, berani mulakan bisnes jangan telan je cakap2 orang yg tak senang tengok orang lain senang.
 Dengar cakap orang semuanya tak kena, itu tak boleh ini tak jadi, boleh laku ke? Reti ke bisnes? Boleh lawan bangsa asing ke? Jawabnya pakai tak buat apa2 dok saja tunggu kot2 ada bantuan. Sekolah sikit jangan marah pulak, tapi ini realitinya sekarang.

Sunday, February 13, 2011

Tip keusahawanan islam

Saiyidina Umar Al Khattab

kata2 perangsang Saiyidina Umar kepada bala tenteranya suatu ketika,mesti dijadikan kata2 hikmat demi motivasi diri berjuang gigih dalam perniagaan sekiranya....

Cintai Rasullullah

Pembohongan

Telah bersabda Rasulullah sallallahhualaihiwasallam;

“ Barangsiapa berdusta atas namaku, maka akan dibangunkan buatnya rumah di neraka Jahannam.”

Sabda Baginda lagi;

“ Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mempersiapkan diri untuk menjadi penghuni neraka.”

Selanjutnya ujar Baginda;

“ Barangsiapa mengatakan sesuatu dariku, sedang aku tidak mengatakannya, maka hendaklah dia mempersiapkan diri bertempat tinggal di dalam neraka.”

  • hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
  • Rujuk shahih Bukhari dan shahih Muslim.

Untuk tahu lebih lanjut klik di sini

Kau harapanku

Kau harapanku

Aku tak mengingininya
Namun tak terdaya ku jauhi
Semakin ku jauhi semakin terhampar di mata
Ku cuba sedaya ku
Namun tewas jua untuk kesekian kali
Aku jadi benci
Namun teramat rindu
Sukar lenaku di perbaringan
Tak daya ku tewas lagi
Pada Mu Tuhan ku sandarkan harapan
Tiada siapa yang terdaya melainkan Engkau
Tolonglah hamba Mu ini
Tersesat andai Kau inginkan
Terarah tuju mana yang Engkau maksudkan
Berikan aku kekuatan bagi menempuh medan ini
Agar aku tak menganiaya diri sendiri
Tolonglah tolonglah demi sifat Mu yang MahaPengasih
Demi sifat Mu yang MahaPenyayang
Aku malu pada Mu
Teramat malu kerna Kau MahaMengintip setiap geriku
Di bening pagi yang sunyi ini
Ku mohon sambutan Mu lalu bawakan daku
Ke pelukan Rahmat Ehsan Mu
Hingga ke penghujung nafas ku…              

Tip perniagaan

Secara ringkasnya ramai mengetahui seseorang yg ingin menceburi perniagaan mesti mempunyai beberapa syarat, dan syarat2 tersebut ramai dah tahu dari buku2, seminar dan sebagainya.

Di ruangan ini saya mohon para usahawan merenung sejenak 4 perkara atau 4 sifat yg semestinya ada pada individu yg bukan usahawan dan para usahawan terlebih lagi penting.(sekadar ringkasan point2 shj)
untuk tahu lebih lanjut sila klik pada tajuk ini.

Antara Iblis Dan Adam


Antara iblis dan Adam

Dalam Al Quran terkandung berulang-ulang cerita Adam dan iblis yang sama-sama kita sedia maklum kedua-duanya melakukan kesalahan terhadap Allah Azzawajalla Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Namun pernahkah terdetik dalam hati kita mengapa hukuman terhadap Adam dan iblis yang sama-sama berdosa terhadap Allah tetapi menerima hukuman yang berbeza teramat jauh. Pernahkah anda terfikir mengapa demikian keadaannya?

Sebenarnya anda perlu mempersoalkannya dan mencari jawapannya merujuk kepada Al Quran dan Assunnah serta mengkaji hujah para Ulamak yang sebenar. Yang demikian dapat menginsafi diri sendiri dan moga-moga dikurniakan hidayah dan taufik dari Nya yang Maha Esa yang Maha Pengasih terhadap orang-orang yang inginkannya.

Iblis sebagaimana diketahui melakukan kesalahan terhadap Allah tetapi amat berbeza dari Adam dan Hawa yang juga bersalah. Ini kerana iblis melakukan dosa dengan penuh keangkuhan dan kesombongan. Buktinya dalam surah Al A‘raf ayat 12 Allah berfirman: (maksudnya) :

apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu? Iblis menjawab : “ aku lebih baik daripada Adam. Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah”.

Jelas menunjukkan iblis amat angkuh dan sombong dengan menganggap dirinya lebih mulia lalu melanggar perintah Allah dan seolah-olah mencabar Allah yang memerintahkannya agar sujud pada Adam ketika itu. Iblis tidak taat kepada suruhan Allah Azzawajalla dengan menganggap dirinya tidak wajar mematuhi arahan Allah lantas secara tidak langsung mempertikaikan ketetapan yang ditetapkan oleh Allah terhadap dirinya. Lalu sekaligus mencabar hak Allah dalam menetapkan hukum terhadap dirinya dan Adam.

Berbeza dengan Adam dan Hawa yang mengakui kesalahan, lalu memohon keampunan serta mohon untuk kembali mendapatkan belas kasihan dari Allah Azzawajalla Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mereka tidak angkuh dan sombong terhadap Allah, tidak pertikaikan ketetapan Allah terhadap mereka, tidak menganggap diri mereka terlalu mulia dan menginsafi kesalahan yang mereka telah lakukan kerana kecuaian dan kelemahan diri mereka sendiri.

Renungkanlah diri kita berada dalam watak siapa? Adakah iblis yang dilaknat dan kufur terhadap Allah? Moga tidak begitu.
Atau berwatak seperti Adam dan Hawa? Renung dengan hati yang ikhlas. 

Yahayaabdullah.com
 

kreatif © 2008. Design By: SkinCorner