Sunday, February 13, 2011

Cintai Rasullullah

Pembohongan

Telah bersabda Rasulullah sallallahhualaihiwasallam;

“ Barangsiapa berdusta atas namaku, maka akan dibangunkan buatnya rumah di neraka Jahannam.”

Sabda Baginda lagi;

“ Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mempersiapkan diri untuk menjadi penghuni neraka.”

Selanjutnya ujar Baginda;

“ Barangsiapa mengatakan sesuatu dariku, sedang aku tidak mengatakannya, maka hendaklah dia mempersiapkan diri bertempat tinggal di dalam neraka.”

  • hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
  • Rujuk shahih Bukhari dan shahih Muslim.

Untuk tahu lebih lanjut klik di sini

Sempena sambutan maulidur Rasul Muhammad sallallahhu’alaihiwasallam mari kita renungi sabda Baginda sallallahhu’alaihiwasallam di atas.

Hadis-hadis di atas cukup merupakan peringatan dan amaran bahawa sesungguhnya berdusta dengan mengatakan itu dan ini dengan menyebut hal tersebut datangnya dari kata-kata Rasulullah s.a.w  lalu diamalkan dan menyuruh pulak orang lain mengamalkan sesuatu bentuk perbuatan yang kononnya merupakan ibadah demi mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla. Dengan kata lain para sahabat dan para ulama mengatakannya sebagai bida’ah dan sudah tentu ianya terbatal dan tempatnya adalah di neraka sebagaimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w.

Ramai yg mengatakan dia cinta Rasulullah, namun apa buktinya? Cuba cari dalam diri kita benarkah kecintaan kita pada Baginda.

Perbanyakkanlah selawat sekurang-kurangnya 200 kali sehari, kata sesetengah ulamak demi membuktikan kasih dan cinta terhadap Baginda Rasulullah sallallahhu’alaihiwasallam. Adakah kita ada berselawat atau pun tidak dari 24 jam sehari yg kita ada. Kebanyakan dari kita mendendangkan lagu2 yg melalaikan hampir setiap ketika lalu teralpa selawat.

Renung dengan hati yg ikhlas tulus kepada NYA.

Sekian Wallahhu’aklam.    Layari yahayaabdullah.com/freegift.html

0 ulasan:

Post a Comment

 

kreatif © 2008. Design By: SkinCorner