Monday, February 14, 2011

Renungan

Wahai anak bangsaku

Bangsaku kini diambang keruntuhan, semakin jauh tertinggal mundur tak punya apa-apa untuk dibanggakan malah untuk diwarisi generasi akan datang. Mungkin nanti hanya tinggal sejarah. Untuk disindir, dicaci penuh keaiban, amat memalukan!

Bangsaku kini hanya pandai mencari hiburan yang tiada hentinya. Para remajanya tiada angan-angan tiada cita-cita memajukan diri apatah lagi bangun membela bangsa sendiri yang semakin hanyut semakin lebur.


Bangsaku, yang kau tahu hanya mencari seronok sepuas-puasnya walau merosak diri walau membazirkan wang dan memburukkan nama ibu bapa. Bagi mu itu semua tak pernah ada dalam fikiran. Terus-terusan mencari keseronokan tak peduli apa-apa pun, biarlah orang lain maju biarlah bangsa lain kaya raya kau apa peduli.(suatu kebodohan)

Wahai bangsaku! Teruskan kelalaian mu, teruskan dengan hiburan mu, teruslah menikmati keseronokan dengan zina, dadah, gam, lepak dan segala-galanya yang kamu suka, teruskan ! aku dah lali, dah penat menasihati namun tiada apa-apa perubahan, lantaklah kalau itu yang kamu pilih.

Aku langsung tak mahu lagi ambil peduli apa yang akan terjadi pada mu, biarlah aku tumpu pada hal aku sendiri. Kamu yang inginkan diri kamu gagal dulu, dan sekarang kamu ulanginya lagi untuk terus gagal, tapi sampai bila? Kamulah yang memilihnya sendiri!

Kamu yang menentukan hala tuju diri kamu, sendiri memilih nak gagal, sendiri pilih nak hancur, terimalah kebodohan diri, jangan salahkan orang lain, jangan banyak cipta alasan kononnya orang lain yang salah. Pergi jahanamlah dengan kebodohan diri sendiri.

Sayang seribu kali sayang, kamu tak ada apa-apa! Kamu hanya tunggu mati! Sayang sekali, di dunia gagal bahkan di akhirat langsung tersiksa tanpa henti. Rugi teramat rugi sangat-sangat. Tapi apa aku perduli, kamu yang mahu jadi begitu!

Aku sekadar tolong ingatkan tapi andai diri sendiri tak mahu sedar apa aku nak susahkan, buatlah apa-apa pun sementara tunggu malaikat maut merentap nyawa kamu dalam penuh dosa dan maksiat. Ingat! Awas! Mungkin hari ini ajal kamu!

Renung-renungkanlah

0 ulasan:

Post a Comment

 

kreatif © 2008. Design By: SkinCorner