Sunday, February 13, 2011

Tip keusahawanan islam

Saiyidina Umar Al Khattab

kata2 perangsang Saiyidina Umar kepada bala tenteranya suatu ketika,mesti dijadikan kata2 hikmat demi motivasi diri berjuang gigih dalam perniagaan sekiranya....




" sekiranya anda berada dalam sesuatu peperangan, pihak anda dalam keadaan tidak bermaksiat kepada Allah, manakala musuh anda sedang bermaksiat kepada Allah, maka kemenangan berpihak kepada anda. tetapi jika anda dan musuh sama2 bermaksiat kepada Allah, maka kemenangan akan berpihak kepada tentera yg ramai dan cukup kelengkapannya."

Renungi kata2 ini dalam sudut perniagaan anda. kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan berpunca dari keadaan di mana kedudukan kita di sisi Allah subhanahuwata'ala.

Paling terbesar adalah akidah. Bagaimanakah akidah kita tika ini adakah mantap, salim dan benar sepertimana yg dipegang oleh Rasulullah sallallahhualaihiwasallam? rujuk sumber yg benar lagi jelas dan terbukti akan kebenarannya iaitu al quran dan hadis.

kejayaan para sahabat dalam bisnes perlu dicontohi, mereka digilap akidah yg mantap oleh Baginda Rasulullah. Iman yg mantap ditambah amal ibadah yg shahih dari sunnah Rasulullah sallallahhualaihiwasallam. maka insyaAllah kejayaan akan dikecapi.


yahayaabdullah.com/freegift.html

0 ulasan:

Post a Comment

 

kreatif © 2008. Design By: SkinCorner